Titipan ku kali ini hanyalah untuk merakamkan tragedi kecil yang telah melanda dapurku tatkala ku bertungkus lumus menyiapkan pesanan kuih raya "cornflakes crunchies" sempena sambutan aidil fitri 1428H, bersama temanku Cik Ummu Jamillah yang tidak tahu erti penat, letih dan lesu. Syukur alhamdulillah dgn keizinanNYA, ku berjaya menyiapkan semua pesananku tepat pada masanya. Semoga usaha kecilku ini mendapat keberkatan dariNya... Kepada rakan-rakan yang telah membuat pesanan, ku ucapkan ribuan terima kasih ke atas sokongan & dorongan anda selama ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat suami yg dikasihi yg membantu ku membuat pembelian bhn2 mentah di Bake wt Yen dan Tesco. Akhir sekali ucapan terima kasih utk ibu & ayah kpd anak2 ku yg telah sudi menjaga Alyana sekali dua pd hujung minggu tatkala kesibukan dapurKu pd kemuncaknya...............