Welcome to M.A.S.K

the blog keep 'us' updated on 'us' life.we may be far at sight but we are always close at heart.May Allah bless our friendship, till the end of time.

Tuesday, December 22

Terlajak Perahu Boleh Undur, Terlajak Kata...


Bila kita fikir2kan balik..banyak benarnya kata pepatah ni. Betulla kata org tua2...kalau dah terlajak kata..banyak buruk dari baiknya. kalau terlajak perahu masih boleh diundur tapi kalau dah terlajak kata, boleh ke nak telan balik apa yang telah dikata???
Itu lah sebabnya, mak kita selalu pesan..sebelum nak cakap, pikir dulu. dan yang kita paling pegang kata2 mak sampai sekarang dan sampai bila-bila..kalau sesuatu yang tak elok jadi pada kita, jangan cepat salahkan orang lain dan berkata yang bukan-bukan. tapi pikir dulu apa salah yang kita dah buat sampaikan Allah menduga kita sebegitu rupa.
"Allah menduga seseorang hambaNya kerana Allah tahu hambaNya itu mampu menghadapi dugaanNya. "
Bila kita menjadi mangsa kata-kata, macam2 perasaan yang bercampur baur melanda diri kita. Hati kita sakit, terluka, sedih, marah, bengang, rasa diri kita ni tak dihargai dan macam2 lagilah. kira memang tak seronok bila hati kita berperasaan macam tu. kita ingin tegakkan kebenaran tapi kita rasa mungkin akan lebih memburukkan keadaan. banyak hati yang perlu kita jaga. ....Dan, akhirnya, kita mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja. Kadang2 kita terpikir jugak, kenapa kita boleh pikir dan fahami orang lain tapi orang lain tak boleh nak pikir dan fahami kita. hrmm..benarla juga kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain ye.
Tapi takpalah, biarlah kita saja yang terluka sebab kita tau Allah itu Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati kita dan niat kita yang sebenarnya. Kita doakan semoga ini menjadi pengajaran kepada mereka yang dah terlajak kata dan semoga suatu hari mereka akan sedar akan kebenaran yang sebenar-benarnya. amin.
Kesimpulannya, kita rasa adalah lebih baik kita berdiam sahaja dari kita berkata2 jika kita tahu berkata2 itu hanya akan menyusahkan dan memburukkan keadaan.
"Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang sesuatu perkara kerana kita ini milik hakiki Nya dan hanya Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya. "

*Kid