Welcome to M.A.S.K

the blog keep 'us' updated on 'us' life.we may be far at sight but we are always close at heart.May Allah bless our friendship, till the end of time.

Saturday, August 7

transformasi

The TigerPaint Team




sana sini org ckp pasal transformation. kat kedai kopi, kat pejabat, kat suratkhabar, kat tv dan mcm2 tempat lagi lah!
jadik, tercetusla idea nak transform jugak la. tapi bukan transform diri.. tapi transformkan ruang bilik tidur utama yang rasa2nya, tak pernah dibuat sebarang transformation, walaupun dah hampir 8 tahun menghuni rumah sewa yang kita sewa sebelah rumah mak ni. lagipun, tak lama lagi nak raya , jadik buat sekali jalan la. dan yang lebih terdorong nak transform bilik ni sebabnya adalah kerana perabot i.e. katil dan meja solek masa zaman pengantin dah makin tua dah tak mampu lagi nak berdiri dengan teguh. belom tambah lagi dengan bekas2 contengan kaler pensil la, kaler magik la yang dikreatifkan oleh anak2 diatasnya. oh ya, plus keinginan kita nak transform ni jugak disokong oleh teman sebilik dan sekatil :) tu yang menjadikan cita2 transformation ni menjadik kenyataan. kalau tak, harus tunggu lagi 20-30 tahun baru boleh transform. hihihi
we start of dengan mengemas dan membersihkan ruang bilik (dengan membuang segala harta karun yang ada didalamnya). not an easy job rupanye. makan hari jugakla buat mende tu. maklumla... tenaga pun dah bukan mcm dolu2, jadik agak slow la dan masa yang diambil pun agak lama. oh ya, kerja2 pengemasan ni, kita n anak2 yang buat sementara rafik pegi membeli dan memilih cat pilihan. mcm biasa, kitaorg suka beli cat jotun sbb catnya tak berbau, harga berpatutan n kedainya pun dekat ngan rumah aje. sebelum tu puas jugak la kami mintak bantuan uncle google utk tgk kaler2 yang sesuai utk bilik tidur. yang pasti, kita nak ada feature wall.

so, by the time rafik balik ngan cat hijau tua (as feature wall) and pastel green for the rest of the walls, bilik tidur tu kita dah siap bentangkan ngan suratkhabar (dgn harapan takdala cat menjejes2 serata rumah...kununnye). kenapa hijau... hrmm...supaya hati jadik tenang dan rileks aje bila tgk kehijauan bilik. maklumla...balik dr ofs, hati slalunye panas ngan trafik dan keje2 ofs yang selalu berserabut dalam kepala otak.

kerja2 mengecat ni amik masa 2 hari (mula sabtu pagi smpila tengah malam ahad). walaupun anak2 menolong tapi paham2 jekla, derang tolong dlm 20minit jek, pastu dah hilang. kemana lagi kalau bukan mengadap tv kan. Abah jekla yang setia menyiapkan the whole room. oh ye, pintu bilik pun kami catkan dengan warna krim.

Alhamdulillah setelah 2 hari berhempas pulas dgn kita ni memendam perasaan sbb tgk bilik berselerak dan berserabut., akhirnya siap jugak bilik kami. Huh!! memang rasa puas hati sangat la ngan hasil titik peluh sendiri. penat pun lupa bila dah tengok bilik nampak kemas dan berwarna...hihihi (sblm ni bilik tu takda warna..)

so next, kami nak kene reckee pulak katil dan meja solek yang sesuai utk bilik. perabot pun nak yang simple2 aje dan kene carik meja komputer yang comel utk letakkan baby Mac ni. oh ye, bahan2 bacaan yang dalam color box lama tu pun dah mcm menjerit2 mintak diletakkan dalam tempat yang lebih selesa. ok ok...bookcase kene carik jugak. hey...lantai ni takkan tak beralas dan takkanla nak pakai langsir lama bila raya menjelang nanti kan. hrmmmm...$$$$$$ dah mula menyerang kepala otak. ...panas panas!!!


Lov
-KiD-

3 comments:

jija72 said...

great job! the rooms look great!

Nurin Faqihah said...

Great transformation job!! Selamat berhari Raya.

Nurin Faqihah said...

ja: tq..bukan slalu aku rajin macam ni :p
mate: tq..n happy raya to u too