salam 2 Ramadhan
Alhamdulillah...harini dah masuk hari ke-2 umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini.
Tahun ni anak2 kita dah 4 orang yang berpuasa. Si kembar dah mula kita jinak2kan dengan berpuasa dan alhamdulillah semlm mereka berdua dpt menghabiskan 1 hari ibadah puasa, wpun ptg smlm dah mula merengek minta untuk berbuka. si adik (nadhirah) merengek mintak air dan si kakak (nadiah) tak abis2 menggosok2 perut yang leper tu. naluri ibu ni mmg betul2 tersentuh tapi terpaksa kuatkan diri sbb nak melatih anak2 berpuasa. kalau tak tegas nnt susah pulak bila mereka dah besar nanti. Kakak dan Abang mmg takda masalah langsung la...tapi seperti biasa, Abang ni cepat pening berbanding Kakak. Kalau berbuka tu, Abang mesti nak nasi dan Kakak pulak kalau dapat air sebotol pun dah cukup kenyang bagi dia.
Kita rasa semua ibubapa akan berikan apa sahaja keinginan berbuka anak2 mereka dalam bulan Ramadhan ni kan. Setakat hari ni, belom ada lagi permintaan anak2 tapi rasanya kita dah kene bersedia ngan bahan2 masakan untuk makanan kegemaran anak2. mungkin hujung minggu ni la baru nak buatkan makanan kegemaran derang. heheh..nasib baik mudah dan tak leceh nak dibuat. Abang tu mmg suka sangat makan roti john. lepas makan nasi , memang roti john la dia akan hadap sorang. Kakak pulak..kek batik. bila tengok harga kek batik septong yang dijual kat bazar ramadhan, aduhla..mmg lebih jimat kalau buat sendiri. blh makan berkali2 dan rasa pun sedap. tapi ni semua kene tunggu hujung minggu la. kalau nak harap kita masak lepas balik ofis tu...ermmm....mmg tak sempat la.

oh ya...sebelom bulan puasa menjelang, kami MASK buat perjumpaan d PappaRich @ D Curve. selain dari makan2, kami jugak celebrate tamatnye 2nd semester kami belajar Kutaq d UiA. i'allah, kami semua lulus untuk sem baru Oktober nnt. alhamdulillah...tahniah dan syabas MASK!!! atas kejayaan kita. semoga kita akan terus disuntik dengan semangat yang kuat dan tabah meredah trafik untuk ke kelas Kutaq setiap rabu jam 8 malam next sem ye. :)
akhir kata.. selamat menyambut ramadhan al-mubarak kawan2. semoga amalan kita di bulan yang mulia ini akan diterima Allah dan semoga kita dapat bertemu malam yang penuh barakah di bulan mulia ini iaitu malam lailatul qadar.. i'allah!
Lov
*KiD*