10 May 2009
Terima kasih anak2 mama atas ucapan, kucupan, pelukan dan hadiah untuk Mama. Mama merasa amat terkejut dan terharu sewaktu anak2 menghadiahkan Kad Hari Mama beserta sebuah novel dan kotak simpanan barang kemas pada Mama. Hadiah-hadiah ni anak2 belikan dengan pertolongan Abah semestinya. Terima kasih Abah, kerana turut menghargai diri ini sebagai mama kepada anak2mu.
Anak2, maafkan Mama andai anak2 tersinggung dan berjauh hati dengan leteran dan jeritan mama selama ini pada anak2. Percayalah anak2ku, semua yang mama lakukan semata-mata demi kebaikan anak2 dan kerana rasa kasih dan sayang mama yang terlalu dalam buat anak2. Doa Mama agar anak2 Mama menjadi anak2 yang soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan akhirat, insyaallah!
"selamat hari ibu/mama/mami/umi/emak buat anda semua"
*KiD